Ke Arah Pemodenan Jabatan Gudang PTS.

Dalam usaha menaik taraf mutu perkhidmatan PTS, Jabatan Gudang bakal menerima dua (2) unit pengimbas kod palang (barcode scanner) mudah alih Motorola FR6070 yang diintegrasikan dengan sistem SAP.


Motorola FR6070 yang dilengkapi dengan sistem operasi Windows Mobile, sistem Wifi dan perisian SAP


Alat pengimbas yang dihubungkan dengan komputer untuk percubaan konfigurasi sistem


Alat berkenaan bakal ditempatkan di bahagian pemprosesan pemulangan buku. Dijangkakan tempoh pengiraan dapat dipercepatkan sehingga 40% daripada tempoh sekarang apabila sistem ini digunapakai sepenuhnya.


Empat orang kakitangan telah menjalani latihan awal penggunaan alat berkenaan sebagai perintis. Dari kiri, En Safizal, En Aminul, Cik Fazilah dan En Sharipuddin

Dian Enterprise Jerantut



Kedai Buku Dian sudah berusia 30 tahun lebih. Terletak di bandar lama Jerantut. Membekalkan semua jenis buku sekolah,buku umum dan alat tulis. Kedai buku ini diusahakan oleh Tuan Saarifudin dan dibantu oleh anak-anaknya. Berbekalkan pengalaman 30 tahun dalam jualan buku, Tuan Saarifudin cukup dikenali oleh kebanyakan cikgu-cikgu sekolah di Jerantut dan juga di Jengka. Berkat kesabarannya menjual buku di sekolah-sekolah, beliau telah dihadiahkan oleh syarikat Penerbitan Fargoes sebuah van kerana komitmennya yang kuat menjual buku-buku terbitan Fargoes. Sekira tuan-tuan ke bandar Jerantut jangan lupa untuk singgah ke Kedai Buku Dian.

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2009

Di mana booth PTS berada?
Booths 72 - 79, di hadapan bilik seminar Kedah / Johor / Kelantan / Melaka
(Lihat peta lakaran seorang salesman!)

Tarikh: 17 - 26 April 2009
Isnin - Khamis: 10.00AM to 8.00PM
Jumaat - Ahad: 10.00AM to 9.00PM
Lokasi: Pusat Dagangan Dunia Puta (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia


Entri Terbaru PTS Sales