Syarikat Jaafar Rawas Pembekal Buku Agama Terbesar Dipantai Timur











Keluasan kedai 40x80 kaki persegi. Terletak di jalan Dato Pati Kota Bahru Kelantan. Lokasinya yang terletak betul-betul di tengah bandar Kota Bahru memang memudahkan pengunjung untuk untuk membeli buku-buku yang dihajati. Terdapat lebih kurang 100 lebih penerbit yang terdapat di Syarikat Jaafar Rawas. Mempunyai lebih 26 tahun pengalaman dalam perniagaan buku-buku agama.

Haji Muda adalah Buku Pilihan Sempena Musim Haji

HAJI MUDA: Tip-tip Menjadi Tetamu Allah

Buku ini adalah travelog insan yang diberi keistimewaan menunaikan haji pada usia muda.

Kenapa buku ini istimewa?

Penulis membahagikan isi kandungan dalam empat bahagian; Bahagian 1 mengenai catatan dan cabaran sebelum berangakt ke tanah suci. Bahagian 2 mengisahkan pengalaman dan pembelajaran sewaktu berada di Madinah. Bahagian 3 menerangkan proses dan cabaran sebenar di Mekah, Arafah dan Mina. Bahagian 4 membincangkan pasca haji dan panduan umum haji yang jarang dibincang dan diperkatakan oleh ramai (paling istimewa, adalah pada sembilan lampiran pemudahcara berkenaan aspek tips dan pemudahcara urusan mengerjakan ibadah haji).


Buku ini adalah KAYA.. Kaya dengan informasi dan makluman penting bagi memenuhi jemputan Allah ke tanah suci.

Ikuti catatan penulis yang membuktikan haji orang muda adalah suatu pengalaman yang menarik!

Layari laman web ini bagi previu buku. Dijana oleh Google.

Buku ini sedang dalam promosi di www.bookcafe.com.my. Kedai buku online anda! Dapatkan juga dari kedai-kedai buku berhampiran anda.

Entri Terbaru PTS Sales