PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2009

Di mana booth PTS berada?
Booths 72 - 79, di hadapan bilik seminar Kedah / Johor / Kelantan / Melaka
(Lihat peta lakaran seorang salesman!)

Tarikh: 17 - 26 April 2009
Isnin - Khamis: 10.00AM to 8.00PM
Jumaat - Ahad: 10.00AM to 9.00PM
Lokasi: Pusat Dagangan Dunia Puta (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia


Jadual Karnival Pendidikan Negeri Johor Darul Takzim

Bersempena tahun 2009 ini, pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Johor Darul Takzim begitu giat menjalankan aktiviti penganjuran Karnival Pendidikan untuk setiap daerah. Bagi pencinta buku serta pembaca yang berminat dengan buku-buku keluaran PTS, anda boleh dapatkan buku-buku keluaran PTS disetiap karnival yang diadakan. Di bawah adalah jadual bagi karnival yang akan diadakan :

1. Karnival Pendidikan Daerah Batu Pahat
Tempat : Dewan Jubli Intan, Batu Pahat
Tarikh : 10-12 April 2009
Masa : 9 pagi - 6.30 petang

2. Karnival Pendidikan Daerah Segamat
Tempat : Dewan Jubli Intan, Segamat
Tarikh : 9-12 April 2009
Masa : 9 pagi - 6.30 petang

3. Karnival Pendidikan Daerah Muar
Tempat : Dewan Serbaguna Hotel Traders, Muar
Tarikh : 28-30 April 2009
Masa : 9 pagi - 6.30 petang

Datanglah beramai-ramai untuk mendapatkan buku-buku keluaran terbaru PTS serta nikmatikan diskaun sebanyak 10-15% di karnival pendidikan ini. Jangan lepaskan peluang ini.

Karnival Pendidikan Daerah Kota Tinggi







KOTA TINGGI : Bertempat di Sekolah Menengah Laksamana dan Sekolah Menengah Tun Habab, telah berlangsungnya karnival pendidikan untuk daerah Kota Tinggi. Karnival yang dianjurkan oleh PPD Kota Tinggi selama 3 hari bermula dari 2-4 April 2009 ini telah menarik pengunjung di sekitar daerah Kota Tinggi hingga ke Ulu Tiram.

Pihak PTS dengan kerjasama Pustaka Buku Kota telah menyertai karnival ini dan hasilnya telah mendapat sambutan dari guru-guru serta murid-murid yang datang berkunjung. Karnival ini telah diserikan lagi pada acara penutupnya dengan kehadiran Adun Bahagian Kota Tinggi iaitu Y.A.B Tuan Adaham Baba. Kehadiran pegawai-pegawai pendidikan setiap daerah Johor juga telah memeriahkan lagi karnival ini di mana mereka mengambil inisiatif bertanya serta bertukar pandangan dengan peserta karnival yang mengambil bahagian.

Berserta juga dengan perkembangan PTS yang mula memasuki ke daerah-daerah luar bandar, karnival kali ini juga telah menunjukkan respon yang bagus kepada PTS yang mana buku-buku pendidikan yang dihasilkan khususanya untuk kegunaan guru kaunseling dan juga guru displin telah mendapat sambutan yang menggalakkan begitu juga dengan sambutan yang amat menggalakkan terhadap buku novel remaja PTS ONE yang mula mendapat tempat di hati para pelajar.

Semoga dengan kemasukkan buku-buku keluaran PTS ke daerah-daerah ini dapat memenuhi keperluan rohani pembaca yang inginkan kelainan dan pengisian yang lebih bermakna.

Bagi pencinta buku sekitar Kota Tinggi, anda boleh dapatkan buku keluaran PTS yang terkini di Pustaka Buku Kota dan juga Pustaka Seri Plaza, Kota Tinggi.

Karnival Pendidikan Melaka 2009






AYER KEROH : Bertempat di Melaka International Trade Centre (MITC) Ayer Keroh, Melaka, telah berlangsungnya Karnival Pendidikan Negeri Melaka untuk tahun 2009. Bermula dari 2-5 April 2009, karnival yang dianjurkan bersama oleh Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dan Majlis Bandaraya Melaka dengan kerjasama Edaran Sumber Sdn. Bhd telah menempatkan pelbagai nama penerbit buku serta dimeriahkan dengan penglibatan agensi-agensi kerajaan serta juga pihak institusi pengajian swasta (IPTS).

Dianggarkan dengan kehadiran lebih 10,000 ribu pengunjung disepanjang karnival ini, telah menunjukkan usaha yang dilakukan oleh pihak penganjur dari segi aspek promosi, penglibatan perserta, kerjasama antara PPD negeri, dan sokongan daripada pihak kerajaan negeri sendiri adalah amat baik.

Karnival yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka Y.A.B Datuk Seri Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam telah diwarnai dengan pelbagai aktiviti serta pelbagai acara, khas untuk menarik lebih ramai pengunjung ke karnival ini. Lebih manis lagi, kedatangan Bakal Angkasawan kedua negara iaitu Dr. Muhd. Faiz yang datang memberikan motivasi untuk kepada para pelajar yang hadir.

Sesungguhnya karnival yang diadakan tiap-tiap tahun ini memberikan faedah yang amat berguna kepada murid-murid, guru-guru serta peserta yang terlibat dalam program ini.

Karnival Pendidikan & Pameran Buku Daerah Kulai






KULAI: Orang ramai terutamanya murid sekolah dan guru-guru di sekitar daerah Kulai, Johor, berpeluang untuk mendapatkan terbitan terkini buku latihan serta buku bacaan umum. Di mana, pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) daerah Kulai dengan kerjasama Galeri Buku SBC,telah menganjurkan Karnival Pendidikan & Pameran Buku Daerah Kulai. Pameran yang berlangsung dari 26-28 Mac 2009 bertempat di IOI Mart, Kulai.

Sambutan yang menggalakkan daripada pihak sekolah serta jumlah pengunjung yang memberangsangkan telah menjadikan Karnival ini yang dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kulai satu Karnival yang berjaya.

Disulami dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PPD, seperti deklamasi sajak, peraduan mewarna, pementasan puisi serta pelbagai aktiviti lagi membuatkan karnival ini dikunjungi ramai pengunjung dari sekitar Kulai serta juga Johor Bahru.

Pesta Buku Kelantan 2009




Pesta Buku Kelantan berlangsung pada 29hb Mac hingga 4hb April 2009. Anjuran bersama JPN Negeri dan Syarikat Muda Osman yang mempunyai 14 cawangan kedai buku disemua daerah di Kelantan. Lebih kurang 80 penerbit yang mengambil bahagian. Terima kasih yang tak terhingga kepada Syarikat Muda Osman yang telah menyediakan satu ruang khas untuk PTS mempamerkan buku-buku terbitan PTS.

Pesta Buku Terengganu 2009







Pesta Buku Terengganu telah berlangsung pada 23hb hingga 29hb Mac 2009. Ia dianjurkan bersama Persatuan Pekedai dan Peniaga Buku Terengganu ( Perkeb ) dan Jabatan Pendidikan Negeri. Lebih kurang 40 gerai dan 50 penerbit yang mengambil bahagian. Ia dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Negeri. Pts Publication & Distributors Sdn Bhd tidak ketinggalan bersama-sama mengambil bahagian dalam pesta ini. Pts diwakili oleh Pustaka Ilmiah. Sambutan kali ini amat mengalakkan.

Entri Terbaru PTS Sales