Dian Enterprise Jerantut



Kedai Buku Dian sudah berusia 30 tahun lebih. Terletak di bandar lama Jerantut. Membekalkan semua jenis buku sekolah,buku umum dan alat tulis. Kedai buku ini diusahakan oleh Tuan Saarifudin dan dibantu oleh anak-anaknya. Berbekalkan pengalaman 30 tahun dalam jualan buku, Tuan Saarifudin cukup dikenali oleh kebanyakan cikgu-cikgu sekolah di Jerantut dan juga di Jengka. Berkat kesabarannya menjual buku di sekolah-sekolah, beliau telah dihadiahkan oleh syarikat Penerbitan Fargoes sebuah van kerana komitmennya yang kuat menjual buku-buku terbitan Fargoes. Sekira tuan-tuan ke bandar Jerantut jangan lupa untuk singgah ke Kedai Buku Dian.

Entri Terbaru PTS Sales