Penggunaan BRIS dalam meningkatkan kualiti kredit PTS


PTS sudah mula menggunakan database semakan kredit dari BRIS untuk membuat semakan, dan menyenaraihitamkan pengedar atau kedai buku yang tidak membayar hutang mereka selepas diambil tindakan undang-undang.

BRIS Information Services Sdn Bhd (BRIS) is Malaysia’s oldest private and independent credit bureau. Its shareholders include:

• Rating Agency Malaysia Bhd (RAM), the premier rating agency in Malaysia
• DP Information Network Pte Ltd (DP Info), Singapore’s most established information and rating bureau, operating in Singapore for more than 25 years
• Basis Holdings Sdn Bhd, the original founder with more than 23 year history in the provision of credit information

Pada masa hadapan, kita berharap supaya sistem yang sama boleh digunakan oleh lebih ramai penerbit dan pemain dalam industri buku ini. Kita berharap, dengan penerbitan maklumat kredit syarikat-syarikat dalam industri buku - akan memberikan satu budaya yang lebih profesional kepada semua pemain.

Selama ini, selalu kita dengar masalah pembayaran selepas buku dibekalkan, atau setelah buku dicetak.

Untuk satu sistem standard seperti BRIS digunapakai oleh industri, perlu berlaku perubahan paradigma di kalangan pemain dalam industri buku. Sebelum ini, semakan kredit dilakukan secara referral atau rekomendasi dari rakan-rakan dalam industri. Ini datang dari sikap dan mentaliti lama pemain dalam industri buku yang sangat sekretif dan berpuak-puak.

Cara ini berkesan selagi industri ini masih kecil - semua orang kenal semua orang yang lain. Tetapi, apabila industri ini berkembang semakin pesat, kita akan dapat kesukaran mencari orang yang boleh memberikan rekomendasi kepada sesuatu permohonan kredit itu. Mustahil kita dapat kenal, dan tahu sejarah kredit semua pemain baru dan lama dalam industri ini.

Sudah sampai satu masa industri ini perlu satu sistem database yang moden, dan transparen dalam menyemak dan memberi rating kepada sejarah kredit semua pemain dalam industri buku.

Bookfest @ KLCC 2008

Bookfest @ KLCC kembali lagi.

Pesta buku ini dianjurkan oleh kedai buku Popular, dan bertempat di pusat konvensyen KLCC. akan berlangsung dari 24 mei hingga 1 jun 2008.

Bookfest menampilkan seleksi banyak buku dalam bahasa Cina, Inggeris dan juga Melayu.

PTS sendiri akan mengambil bahagian secara kuat dalam seksyen bahasa Melayu di Bookfest ini.

Aktiviti Dr. Tengku Asmadi Di Kedai Buku Badan Cemerlang, Johor Pada 1 Mei 2008






Laporan disediakan oleh En Halim Saadon, Badan Cemerlang.

------------
Pertamanya , terima kasih diatas kerjasama yang diberikan oleh PTS dan juga kesudian Dr. Tengku Asmadi ke Badan Cemerlang Plaza Angsana . Terima kasih juga kerana kami ialah kedai buku yang pertama menerima stok buku terbaru beliau, iaitu Teknik Memotivasikan Anak cara Positif .

Sambutan terhadap ceramah beliau begitu menggalakkan. 124 naskah buku terbaru beliau berjaya dijual dalam tempoh 3 jam , dan mencecah ke 144 sehingga jam 10 mlam . Manakala Motivasi Alihan Pelajar juga tidak kurang hebatnya berjaya dijual 82 naskah dalam tempoh 3 jam tersebut.

Beliau bukan sekadar penulis , tetapi idea-ideanya yang bernas seolah-olah beliau ini seorang Businessman. Strategi beliau jelas meletakkan sasaran dalam jumlah cetakan bukunya . Malah ketika beliau menyampaikan ceramah ringkas , beliau menyelitkan strategi berkempen tentang bukunya.

Magiknya..kebanyakkan pembeli yang hadir terpaut walaupun pada asalnya mereka hanya berniat untuk barangan lain . Disini saya kepilkan gambar aktiviti sepanjang tempoh yang berlangsung diantara jam 12.00 tgh sehingga 3.00 petang .

Terima kasih.

Entri Terbaru PTS Sales