Aktiviti Dr. Tengku Asmadi Di Kedai Buku Badan Cemerlang, Johor Pada 1 Mei 2008






Laporan disediakan oleh En Halim Saadon, Badan Cemerlang.

------------
Pertamanya , terima kasih diatas kerjasama yang diberikan oleh PTS dan juga kesudian Dr. Tengku Asmadi ke Badan Cemerlang Plaza Angsana . Terima kasih juga kerana kami ialah kedai buku yang pertama menerima stok buku terbaru beliau, iaitu Teknik Memotivasikan Anak cara Positif .

Sambutan terhadap ceramah beliau begitu menggalakkan. 124 naskah buku terbaru beliau berjaya dijual dalam tempoh 3 jam , dan mencecah ke 144 sehingga jam 10 mlam . Manakala Motivasi Alihan Pelajar juga tidak kurang hebatnya berjaya dijual 82 naskah dalam tempoh 3 jam tersebut.

Beliau bukan sekadar penulis , tetapi idea-ideanya yang bernas seolah-olah beliau ini seorang Businessman. Strategi beliau jelas meletakkan sasaran dalam jumlah cetakan bukunya . Malah ketika beliau menyampaikan ceramah ringkas , beliau menyelitkan strategi berkempen tentang bukunya.

Magiknya..kebanyakkan pembeli yang hadir terpaut walaupun pada asalnya mereka hanya berniat untuk barangan lain . Disini saya kepilkan gambar aktiviti sepanjang tempoh yang berlangsung diantara jam 12.00 tgh sehingga 3.00 petang .

Terima kasih.

0 comments:

Entri Terbaru PTS Sales