Sarjana Media






Sarjana Media

Kedai Sarjana Media yang lokasinya di hadapan pintu masuk utama pusat membeli-belah Carrefour Wangsa Maju merupakan kedai buku yang dimiliki oleh Tuan Haji Tajuddin Senafi. Pengalaman beliau selama 15 tahun berkecimpung dalam industri peruncitan buku ini telah membuatkan beliau dikenali ramai dalam industri ini.

Dengan keluasan ruang niaga bersaiz 800 kaki persegi, beliau menempatkan pelbagai genre buku-buku yang menarik untuk dibaca dan dibeli. Dari Kitab-kitab agama, motivasi, masakan dan bacaan kanak-kanak serta juga buku keluaran terbitan dari Indonesia, kedai ini menjadi tumpuan umum dari kawasan sekitarnya. Tidak dapat dinafikan bahawa dengan mempunyai kepelbagaian bahan bacaan yang disediakan, jualan kedai ini amat bagus sekali dan peningkatan amat ketara apabila tiba hujung minggu serta cuti umum.

Menggunakan konsep penukaran tempat dan tajuk buku sekerap mungkin seperti dua hari sekali, membuatkan pelanggan yang berkunjung tidak cepat bosan dengan suasana kedai. Tidak seperti permis kedai buku yang lain yang kerap mendatangkan kebosanan kepada pengunjung.

Jika anda mahukan kelainan suasana membeli buku yang menarik, datanglah ke kedai Sarjana Media untuk menikmatinya.

Jualan Mega Di Badan Cemerlang, Plaza Angsana, Johor Baharu, Johor.





Bersempena Mega Sale yang akan berlangsung pada 5 Julai - 5 Ogos 2008, Kedai Buku Badan Cemerlang akan menawarkan potongan subsidi terhadap buku keluaran PTS sebanyak 20%. Nikmati potongan ini dan ianya khusus untuk pencinta buku kawasan selatan tanahair. Datang dan kunjungilah serta nikmati potongan yang disediakan.

Nikmati Subsidi 20% Untuk Buku PTS Di Kedai Buku Thai Kuang, Mahkota Parade, Melaka.







Setelah meraikan ulang tahun penubuhannya yang ke 60 tahun, Syarikat Buku Thai Kuang terus mengukuhkan kredibilitinya sebagai kedai buku yang dominan di bumi Parameswara ini. Saban masa, kedai ini dipenuhi dengan pencinta buku yang teguh yakin dengan kemampuan kedai buku ini untuk memenuhi selera para pembaca di bumi Parameswara ini.
Dengan mempunyai segala segmen A-Z buku-buku terbitan PTS, kedai buku ini yakin dengan kemampuan PTS untuk menjana jualan di sini. Disediakan 12 rak buku khusus untuk pencinta buku terbitan PTS. Sebutlah apa sahaja tajuk yang dikeluarkan oleh PTS dan anda akan temuinya di sini.
Peningkatan hasil jualan yang berkali ganda dari sebelumnya, membuatkan pihak pengurusan kedai buku ini begitu optimis dengan buku keluaran PTS.
Sebagai hadiah istimewa kepada peminat buku PTS, pihak pengurusan bermurah hati untuk memberi subsidi sebanyak 20% dengan setiap pembelian buku keluaran PTS di kedai ini. Jika harga minyak pasaran dunia meningkat, namun di sini segala berlawanan.
Dapatkan buku keluaran PTS yang diminati di Kedai Buku Thai Kuang dengan peningkatan subsidi sebanyak 20%.
Serta nantikan perancangan mereka yang mahu mencatatkan rekod di dalam "Malaysian Books Of Record" iaitu perhimpunan 50 penulis tempatan yang popular di Kota Melaka ini.

Entri Terbaru PTS Sales