Nikmati Subsidi 20% Untuk Buku PTS Di Kedai Buku Thai Kuang, Mahkota Parade, Melaka.







Setelah meraikan ulang tahun penubuhannya yang ke 60 tahun, Syarikat Buku Thai Kuang terus mengukuhkan kredibilitinya sebagai kedai buku yang dominan di bumi Parameswara ini. Saban masa, kedai ini dipenuhi dengan pencinta buku yang teguh yakin dengan kemampuan kedai buku ini untuk memenuhi selera para pembaca di bumi Parameswara ini.
Dengan mempunyai segala segmen A-Z buku-buku terbitan PTS, kedai buku ini yakin dengan kemampuan PTS untuk menjana jualan di sini. Disediakan 12 rak buku khusus untuk pencinta buku terbitan PTS. Sebutlah apa sahaja tajuk yang dikeluarkan oleh PTS dan anda akan temuinya di sini.
Peningkatan hasil jualan yang berkali ganda dari sebelumnya, membuatkan pihak pengurusan kedai buku ini begitu optimis dengan buku keluaran PTS.
Sebagai hadiah istimewa kepada peminat buku PTS, pihak pengurusan bermurah hati untuk memberi subsidi sebanyak 20% dengan setiap pembelian buku keluaran PTS di kedai ini. Jika harga minyak pasaran dunia meningkat, namun di sini segala berlawanan.
Dapatkan buku keluaran PTS yang diminati di Kedai Buku Thai Kuang dengan peningkatan subsidi sebanyak 20%.
Serta nantikan perancangan mereka yang mahu mencatatkan rekod di dalam "Malaysian Books Of Record" iaitu perhimpunan 50 penulis tempatan yang popular di Kota Melaka ini.

1 comments:

Muhamad Qalif Bin Abdul Latif

June 19, 2008 at 2:58 PM

Tulis je la Potongan Harga.. ataupun Diskaun.. Nikmati Potongan Harga 20% kan senang.. payah2 tulis subsidi..

Ape subsidi ni kerajaan tanggung ke?!

Entri Terbaru PTS Sales