Sarjana Media






Sarjana Media

Kedai Sarjana Media yang lokasinya di hadapan pintu masuk utama pusat membeli-belah Carrefour Wangsa Maju merupakan kedai buku yang dimiliki oleh Tuan Haji Tajuddin Senafi. Pengalaman beliau selama 15 tahun berkecimpung dalam industri peruncitan buku ini telah membuatkan beliau dikenali ramai dalam industri ini.

Dengan keluasan ruang niaga bersaiz 800 kaki persegi, beliau menempatkan pelbagai genre buku-buku yang menarik untuk dibaca dan dibeli. Dari Kitab-kitab agama, motivasi, masakan dan bacaan kanak-kanak serta juga buku keluaran terbitan dari Indonesia, kedai ini menjadi tumpuan umum dari kawasan sekitarnya. Tidak dapat dinafikan bahawa dengan mempunyai kepelbagaian bahan bacaan yang disediakan, jualan kedai ini amat bagus sekali dan peningkatan amat ketara apabila tiba hujung minggu serta cuti umum.

Menggunakan konsep penukaran tempat dan tajuk buku sekerap mungkin seperti dua hari sekali, membuatkan pelanggan yang berkunjung tidak cepat bosan dengan suasana kedai. Tidak seperti permis kedai buku yang lain yang kerap mendatangkan kebosanan kepada pengunjung.

Jika anda mahukan kelainan suasana membeli buku yang menarik, datanglah ke kedai Sarjana Media untuk menikmatinya.

0 comments:

Entri Terbaru PTS Sales