Badan Cemerlang Gemilang, Terbilang & Cemerlang






Kedai Buku Badan Cemerlang yang beroperasi di Plaza Angsana, Johor Baharu, merupakan peneraju utama dalam industri peruncitan buku di Johor Baharu dan kawasan sekitarnya. Dengan keluasan kedai seluas 12,ooo kaki persegi, kedai ini menawarkan pelbagai jenis bahan bacaan untuk selera pembaca di sini. Selain menumpukan kepada peruncitan, Badan Cemerlang juga merupakan pembekal buku ke sekolah dan juga ke maktab-maktab, IPTA dan juga badan kerajaan. Selain itu juga, kedai ini menjalankan penjualan secara "wholesale" kepada pekedai-pekedai kecil di sekitar Johor ini. Dalam erti kata lain, Badan Cemerlang juga memainkan peranan sebagai pengedar di kawasan selatan tanahair ini.

Di sini juga, para peminat buku dapat memperolehi buku keluaran PTS yang mana disediakan kesemua tajuk keluaran PTS. Jadi, dapatkan buku keluaran PTS di sini dan bersempena "Mega Sale" ini, pihak Badan Cemerlang memberi potongan 20% untuk setiap buku keluaran PTS. JUalan ini bermula dari 5 Julai sehingga 5 Ogos 2008, jangan lepaskan peluang keemasan ini.

0 comments:

Entri Terbaru PTS Sales