Bookworm Bukit Beruntung Betul-Betul Buat Untung









Kedai Buku Bookworm terletak di Bukit Sentosa, Bukit Beruntung Rawang. Kedai 2 tingkat yang berkeluasan 3600 kaki persegi ini, menjual semua peralatan alat tulis dan buku-buku sekolah, rujukan, novel ,motivasi, agama dan pelbagai jenis buku lagi.

Apa yang istimewanya Bookworm ini adalah waktu operasinya yang bermula dari 8.00 pagi hingga 12.00 tengah malam dan dibuka setiap hari. Ada satu lagi keistimewaan Bookworm berbanding dengan kedai-kedai buku lain iaitu ia turut menyediakan internet percuma untuk semua pengunjung di kedainya. Menurut pemilik kedai, Encik Raja Kamarul, kedai bukunya dibuka lebih kurang 2 tahun yang lalu.

Pada awal pembukaan kedai bukunya, jualan kedai banyak bergantung pada pelanggan yang mengunjungi restoran di sebelah kedainya. Restoran di sebelah menyumbang hampir 50% jualan kedai bukunya pada waktu itu. Setelah hampir 2 tahun , restoran di sebelahnya hanya menyumbang 35% sahaja. Kata Encik Raja Kamarul pada tahun pertama bersama PTS, jumlah pesanannya hanya sekitar RM2,00.00 ke RM3,00.00 sebulan sahaja. Tetapi setelah 2 tahun lebih bersama PTS jumlah pesanannya meningkat hampir ke RM10,000.00 sebulan. Menurut Encik Kamarul lagi PTS menyumbang hampir 40% jualan buku di kedainya.


PTS mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Bookworm kerana komitmen 100% yang diberikan kepada buku-buku PTS. Kepada rakan-rakan yang mahu membuka kedai buku bolehlah datang melihat konsep kedai dan bertanyakan tip-tip untuk membuka kedai buku baru.

0 comments:

Entri Terbaru PTS Sales