Buku Tema Pilihan, Novel Bestseller: Salju Sakinah

Novel Salju Sakinah ini mula menampakkan potensi sebenarnya semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang lepas. Hampir 500 naskah terjual dalam masa 10 hari pesta buku berlangsung lantas melonjakkan buku ini dalam kelompok antara buku paling laris PTS.

Kehangatan buku ini bukan sahaja sewaktu tersebut, malah terkesan kepada beberapa kedai buku. Di MPH Alamanda, buku ini tersenarai didalam kelompok 10 buku PTS yang terlaris. Jumlah jualan di Badan Cemerlang, Johor juga sangat memberansangkan. Keyakinan optimis ini turut disokong data statistik dalaman PTS yang mana menyenaraikan buku ini antara buku paling laris bagi bulan April 2008.

"Naratif yang islamik... berupaya menjentik hati disamping membangunkan jiwa.. Inilah novel Islami berspektif muda yang matang, yang jarang-jarang sekali kita temui di antara banyak novel di Malaysia."
- Azizi Hj Abdullah, Penerima SEA Write Award 1988 & MASTERA 2007.

"Novel-novel pop semakin banyak di pasaran dan kita semakin sukar mencari karya tepu dakwah yang disampaikan dengan penuh hikmah... Syukur Zaid Akhtar dan Salju Sakinah dapat mengisi kekurangan ini. Salju Sakinah adalah novel untuk semua!"
-
Nisah Haji Haron, Penulis prolifik.

"Salju Sakinah: Menyuguh Pengalaman, Menggarap Ilham, Menggugah Perasaan"
- Dr Kamariah Haji Kamaruddin, Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.





Tidak hairanlah apabila siri novel PTS ini bakal diberi perhatian khusus oleh jabatan pemasaran untuk dipromosi dalam bulan Jun nanti.

** Nota: diskaun tertera adalah diskaun harga runcit semasa promosi jualan di kedai-kedai buku terpilih yang mengambil bahagian berlangsung. Sila rujuk pada kedai-kedai berhampiran anda untuk maklumat lanjut.

0 comments:

Entri Terbaru PTS Sales