Promosi Salju Sakinah Di Badan Cemerlang, Plaza Angsana, Johor Baharu.

Bersempena dengan kedatangan musim cuti sekolah yang bermula dari 24 Mei 2008 hingga 8 Jun 2008, Kedai Buku Badan Cemerlang, Plaza Angsana, Johor Baharu, akan mengadakan promosi jualan buku khas untuk cuti sekolah ini.

Dapatkan naskah buku yang terbaru dan yang terkini dari PTS di sini. Bersempena promosi ini juga, pihak PTS dan Badan Cemerlang akan menjalankan juga promosi buku novel Islamik yang terjual keras di pasaran iaitu "Salju Sakinah", dengan setiap pembelian novel ini dan juga novel Islamik yang lain pelanggan akan mendapat beg kertas yang amat menarik untuk dibuat koleksi.

Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk mengunjungi Kedai Buku Badan Cemerlang.

0 comments:

Entri Terbaru PTS Sales