Sejak daripada 17 November yang lepas, PTS sedang giat menjalankan proses perpindahan gudang. Perpindahan ini adalah bagi menampung perkembangan kapasiti pergudangan dan pembekalan PTS, dan komitmen perniagaan PTS sendiri.
* Gambar-gambar sebahagian dari keadaan gudang di premis sedia ada PTS kini.
Premis baru ini mampu menyediakan 17,000 kaki persegi ruang penyimpanan, pemprosesan dan pejabat berbanding dengan kapasiti ruang sekarang iaitu 5,400 kaki persegi sahaja. Saiz ruang penyimpanan dan pergudangan akan meliputi 9,000 kaki persegi, berbanding di premis lama sebanyak 3,200 kaki persegi.
* Gambar-gambar sebahagian dari proses perpindahan di premis gudang PTS yang baru.
Proses perpindahan secara berperingkat ini bakal mengambil masa sehingga 4 hingga 5 minggu. Dijangkakan operasi digudang baru akan bermula pada 22 Disember 2008.
0 comments:
Post a Comment