Transformasi dan Pengembangan PTS: Ke Arah Kelestarian Perniagaan.

Sejak daripada 17 November yang lepas, PTS sedang giat menjalankan proses perpindahan gudang. Perpindahan ini adalah bagi menampung perkembangan kapasiti pergudangan dan pembekalan PTS, dan komitmen perniagaan PTS sendiri.










* Gambar-gambar sebahagian dari keadaan gudang di premis sedia ada PTS kini.

Premis baru ini mampu menyediakan 17,000 kaki persegi ruang penyimpanan, pemprosesan dan pejabat berbanding dengan kapasiti ruang sekarang iaitu 5,400 kaki persegi sahaja. Saiz ruang penyimpanan dan pergudangan akan meliputi 9,000 kaki persegi, berbanding di premis lama sebanyak 3,200 kaki persegi.




















* Gambar-gambar sebahagian dari proses perpindahan di premis gudang PTS yang baru.

Proses perpindahan secara berperingkat ini bakal mengambil masa sehingga 4 hingga 5 minggu. Dijangkakan operasi digudang baru akan bermula pada 22 Disember 2008.

OBAMA : Antara Islam, Israel & Amerika


Buku yang membongkar misteri Presiden Amerika Syarikat yang ke-44, siapakah beliau disebalik pesona yang luar biasa.

Dapatkan buku ini sebelum kehabisan di semua rangkaian kedai buku yang terkemuka seperti Popular, Mph, Badan Cemerlang, Kinokuniya dan sebagainya.

Hanya dengan RM15.90 anda akan mengetahui rahsia disebalik pesona permata hitam ini.

Dapatkan segera sebelum terlewat.

Popular Book Fair Di Jusco Kinta City 11-30 Nov




Kedai buku Popular mengadakan satu pameran buku di Jusco Kinta City dari 11 hingga 30 november 2008. Seperti biasa, mereka menawarkan diskaun hebat untuk pelbagai jenis buku dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Cina.

Menurut pengurusnya, lokasi ini menerima kunjungan yang baik terutamanya semasa musim cuti sekolah sekarang.

Disertakan beberapa gambar dari pameran tersebut.

Entri Terbaru PTS Sales