Kedai Buku Zafar De Gemilang, Bandar Baru Salak Tinggi.










Satu-satunya kedai buku dan alat tulis yang terdapat di Bandar Baru Salak Tinggi adalah kedai buku Zafar De Gemilang. Kedai yang dimiliki oleh Puan Fauziah ini telah beroperasi selama 2 tahun. Berbekalkan pengalaman bekerja di dalam bidang peruncitan buku sebelum ini, beliau bertekad untuk berdiri di atas kaki sendiri untuk membuka kedai buku di sini.

Kedai beliau yang berkeluasan 1,500 kaki persegi telah dimaksimumkan penggunaannya ,di mana dijual alat tulis, buku rujukan serta latihan sekolah dan buku-buku ilmiah yang terkini. Di sekelilingi pelbagai kawasan perumahan yang sedang dan telah membangun, membuatkan kedai ini menjadi pilihan ramai penduduk di situ.

Baru-baru ini, beliau telah melebarkan sayap apabila ditawarkan kawasan yang amat strategi di pasaraya hyper Giant, Nilai. Di tempatkan di pintu masuk utama Giant, beliau telah menempatkan ruang pamer dan jual di dalam Giant ini. Hasilnya, dalam tempoh beberapa minggu sahaja buku yang dipamer terjual laku bak pisang panas. dari minggu ke minggu permintaan pelanggan meningkat terutamanya buku-buku keluaran PTS yang sememangnya hangat dipasaran dan tidak hairanlah pesanan dari Zafar De Gemilang untuk buku-buku keluaran PTS meningkat dari masa ke semasa.

Puan Fauziah adalah contoh yang baik untuk diikuti untuk membuka sebuah kedai buku, yang mana beliau terus tegak berdiri walaupun pernah tersadung sebelum ini dan hasilnya beliau semakin bertambah teguh dan makin GEMILANG.

0 comments:

Entri Terbaru PTS Sales