Menteri Besar Kelantan Rasmikan Tinta Ilmu


Perasmian Kedai Buku Tinta Ilmu akan dirasmikan oleh Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan pada hari jumaat 18 Julai 2008. Perasmian akan diadakan di Kompleks Membeli Belah Ole-Ole Seksyen 18 Shah Alam.
Keesokannya pula iaitu pada 19hb julai bermula 1.30 tengah hari, sesi beramah mesra bersama penulis terkenal novel remaja PTS One, Ain Maisarah dan Farihah Iskandar anjuran PTS Publications & Distributors akan diadakan. Ain Maisarah adalah penulis yang terkenal dengan buku bersiri "Aku Mahu" manakala Farihah Iskandar pula terkenal dengan siri "Dear Yayah".
Pada hari ahad pula akan diadakan sesi bersama-sama penulis novel Alaf 21. Aktiviti yang pastinya mampu menceriakan hari anda yang meminati novel-novel terbitan Alaf 21.
Kehadiran semua amat dialu-alukan bagi memeriahkan lagi majlis. Jangan lepaskan peluang ini, datanglah beramai-ramai bersama keluarga dan rakan-rakan.

0 comments:

Entri Terbaru PTS Sales