Pesta Buku Dan Multimedia Kelantan berlangsung pada 14 hb hingga 21 julai 2008.
Pameran berlangsung di Balai Islam Lundang Kota Bahru dengan lebih 60 booth disediakan. Pesta Buku dan Multimedia ini dianjurkan oleh Kedai Buku Banggol yang melibatkan lebih dari 50 penerbit buku yang terkemuka di Malaysia. Kedai Buku Banggol mempunyai 8 cawangan di sekitar pantai timur Malaysia. Mempunyai 6 cawangan di Kelantan dan 2 di Terengganu cukup bagi membuktikan penguasaan mereka di sana. Pesta Buku Dan Multimedia Kelantan kali ini adalah kali yang kelapan dianjurkan oleh Kedai Buku Banggol. Tuan Haji Zainal Abidin bin Muhammad Ali yang lebih terkenal dengan panggilan Cikgu Zainal merupakan pemilik Kedai Buku Banggol.
0 comments:
Post a Comment