Perhatian untuk warga Johor khususnya warga Johor Baharu dan kawasan sekitarnya.
Miliki koleksi buku terbitan PTS di Popular Harris yang bertempat di pusat membeli-belah AEON Jusco, Tebrau. Disediakan pelbagai tajuk yang terbaru dan 'bestseller' di sini.
Dengan keluasan melebihi dari 35,000 kaki persegi Popular Harris menawarkan pelbagai pilihan untuk pencinta buku. Walaupun Popular terkenal dengan genre buku bahasa Cina, namun anda akan mengalami kelainan di sini, di mana disediakan ribuan bahan bacaan berbahasa Melayu yang terkini dan popular.
Bagi warga Johor Baharu, jika anda mahukan kelainan dalam dunia buku, kunjungilah Popular Harris di pusat membeli-belah AEON Jusco Tebrau.
1 comments:
July 10, 2008 at 12:38 PM
Betul!Rasa macam orang Johor sudah kembali membaca buku. Ralat sangat selepas MPH (Angsana) dan Times (City Square) gulung tikar.
Post a Comment