KOTA TINGGI : Bertempat di Sekolah Menengah Laksamana dan Sekolah Menengah Tun Habab, telah berlangsungnya karnival pendidikan untuk daerah Kota Tinggi. Karnival yang dianjurkan oleh PPD Kota Tinggi selama 3 hari bermula dari 2-4 April 2009 ini telah menarik pengunjung di sekitar daerah Kota Tinggi hingga ke Ulu Tiram.
Pihak PTS dengan kerjasama Pustaka Buku Kota telah menyertai karnival ini dan hasilnya telah mendapat sambutan dari guru-guru serta murid-murid yang datang berkunjung. Karnival ini telah diserikan lagi pada acara penutupnya dengan kehadiran Adun Bahagian Kota Tinggi iaitu Y.A.B Tuan Adaham Baba. Kehadiran pegawai-pegawai pendidikan setiap daerah Johor juga telah memeriahkan lagi karnival ini di mana mereka mengambil inisiatif bertanya serta bertukar pandangan dengan peserta karnival yang mengambil bahagian.
Berserta juga dengan perkembangan PTS yang mula memasuki ke daerah-daerah luar bandar, karnival kali ini juga telah menunjukkan respon yang bagus kepada PTS yang mana buku-buku pendidikan yang dihasilkan khususanya untuk kegunaan guru kaunseling dan juga guru displin telah mendapat sambutan yang menggalakkan begitu juga dengan sambutan yang amat menggalakkan terhadap buku novel remaja PTS ONE yang mula mendapat tempat di hati para pelajar.
Semoga dengan kemasukkan buku-buku keluaran PTS ke daerah-daerah ini dapat memenuhi keperluan rohani pembaca yang inginkan kelainan dan pengisian yang lebih bermakna.
Bagi pencinta buku sekitar Kota Tinggi, anda boleh dapatkan buku keluaran PTS yang terkini di Pustaka Buku Kota dan juga Pustaka Seri Plaza, Kota Tinggi.
0 comments:
Post a Comment