Karnival Pendidikan Melaka 2009






AYER KEROH : Bertempat di Melaka International Trade Centre (MITC) Ayer Keroh, Melaka, telah berlangsungnya Karnival Pendidikan Negeri Melaka untuk tahun 2009. Bermula dari 2-5 April 2009, karnival yang dianjurkan bersama oleh Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dan Majlis Bandaraya Melaka dengan kerjasama Edaran Sumber Sdn. Bhd telah menempatkan pelbagai nama penerbit buku serta dimeriahkan dengan penglibatan agensi-agensi kerajaan serta juga pihak institusi pengajian swasta (IPTS).

Dianggarkan dengan kehadiran lebih 10,000 ribu pengunjung disepanjang karnival ini, telah menunjukkan usaha yang dilakukan oleh pihak penganjur dari segi aspek promosi, penglibatan perserta, kerjasama antara PPD negeri, dan sokongan daripada pihak kerajaan negeri sendiri adalah amat baik.

Karnival yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka Y.A.B Datuk Seri Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam telah diwarnai dengan pelbagai aktiviti serta pelbagai acara, khas untuk menarik lebih ramai pengunjung ke karnival ini. Lebih manis lagi, kedatangan Bakal Angkasawan kedua negara iaitu Dr. Muhd. Faiz yang datang memberikan motivasi untuk kepada para pelajar yang hadir.

Sesungguhnya karnival yang diadakan tiap-tiap tahun ini memberikan faedah yang amat berguna kepada murid-murid, guru-guru serta peserta yang terlibat dalam program ini.

0 comments:

Entri Terbaru PTS Sales