Dua buku yang memenangi anugerah ini adalah :
Jabatan Jualan PTS Publications & Distributors
Dua buku yang memenangi anugerah ini adalah :
Kedai Buku Bookworm terletak di Bukit Sentosa, Bukit Beruntung Rawang. Kedai 2 tingkat yang berkeluasan 3600 kaki persegi ini, menjual semua peralatan alat tulis dan buku-buku sekolah, rujukan, novel ,motivasi, agama dan pelbagai jenis buku lagi.
Apa yang istimewanya Bookworm ini adalah waktu operasinya yang bermula dari 8.00 pagi hingga 12.00 tengah malam dan dibuka setiap hari. Ada satu lagi keistimewaan Bookworm berbanding dengan kedai-kedai buku lain iaitu ia turut menyediakan internet percuma untuk semua pengunjung di kedainya. Menurut pemilik kedai, Encik Raja Kamarul, kedai bukunya dibuka lebih kurang 2 tahun yang lalu.
Pada awal pembukaan kedai bukunya, jualan kedai banyak bergantung pada pelanggan yang mengunjungi restoran di sebelah kedainya. Restoran di sebelah menyumbang hampir 50% jualan kedai bukunya pada waktu itu. Setelah hampir 2 tahun , restoran di sebelahnya hanya menyumbang 35% sahaja. Kata Encik Raja Kamarul pada tahun pertama bersama PTS, jumlah pesanannya hanya sekitar RM2,00.00 ke RM3,00.00 sebulan sahaja. Tetapi setelah 2 tahun lebih bersama PTS jumlah pesanannya meningkat hampir ke RM10,000.00 sebulan. Menurut Encik Kamarul lagi PTS menyumbang hampir 40% jualan buku di kedainya.
PTS mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Bookworm kerana komitmen 100% yang diberikan kepada buku-buku PTS. Kepada rakan-rakan yang mahu membuka kedai buku bolehlah datang melihat konsep kedai dan bertanyakan tip-tip untuk membuka kedai buku baru.
Berita baik kepada peminat buku PTS.
Buku-buku PTS dijual dengan diskaun hebat di Popular Bookfest 2008 @ KLCC.
Foto disertakan.
Promosi cuti sekolah di Popular Perak, Ipoh Parade, Kinta City dan Taiping jangan lupa dapatkan buku-buku kami yang terlaris dan terhangat di pasaran.
BERITA TERKINI UNTUK ORANG UTARA :Outlet baru POPULAR BOOKSTORE di TESCO Mergong.
Terima Kasih kepada Team Popular Bookstore Utara
Promosi Cuti Sekolah Sesi Mei 2008
Jangan lepas peluang untuk mendapatkan naskah-naskah daripada penulis-penulis kegemaran adik-adik di kedai-kedai terpilih berikut;
PTS sudah mula menggunakan database semakan kredit dari BRIS untuk membuat semakan, dan menyenaraihitamkan pengedar atau kedai buku yang tidak membayar hutang mereka selepas diambil tindakan undang-undang.
BRIS Information Services Sdn Bhd (BRIS) is Malaysia’s oldest private and independent credit bureau. Its shareholders include:
• Rating Agency Malaysia Bhd (RAM), the premier rating agency in Malaysia
• DP Information Network Pte Ltd (DP Info), Singapore’s most established information and rating bureau, operating in Singapore for more than 25 years
• Basis Holdings Sdn Bhd, the original founder with more than 23 year history in the provision of credit information
Bookfest @ KLCC kembali lagi.
Pesta buku ini dianjurkan oleh kedai buku Popular, dan bertempat di pusat konvensyen KLCC. akan berlangsung dari 24 mei hingga 1 jun 2008.
Bookfest menampilkan seleksi banyak buku dalam bahasa Cina, Inggeris dan juga Melayu.
PTS sendiri akan mengambil bahagian secara kuat dalam seksyen bahasa Melayu di Bookfest ini.
Laporan disediakan oleh En Halim Saadon, Badan Cemerlang.
------------
Pertamanya , terima kasih diatas kerjasama yang diberikan oleh PTS dan juga kesudian Dr. Tengku Asmadi ke Badan Cemerlang Plaza Angsana . Terima kasih juga kerana kami ialah kedai buku yang pertama menerima stok buku terbaru beliau, iaitu Teknik Memotivasikan Anak cara Positif .
Sambutan terhadap ceramah beliau begitu menggalakkan. 124 naskah buku terbaru beliau berjaya dijual dalam tempoh 3 jam , dan mencecah ke 144 sehingga jam 10 mlam . Manakala Motivasi Alihan Pelajar juga tidak kurang hebatnya berjaya dijual 82 naskah dalam tempoh 3 jam tersebut.
Beliau bukan sekadar penulis , tetapi idea-ideanya yang bernas seolah-olah beliau ini seorang Businessman. Strategi beliau jelas meletakkan sasaran dalam jumlah cetakan bukunya . Malah ketika beliau menyampaikan ceramah ringkas , beliau menyelitkan strategi berkempen tentang bukunya.
Magiknya..kebanyakkan pembeli yang hadir terpaut walaupun pada asalnya mereka hanya berniat untuk barangan lain . Disini saya kepilkan gambar aktiviti sepanjang tempoh yang berlangsung diantara jam 12.00 tgh sehingga 3.00 petang .
Terima kasih.